Khamis, 1 Disember 2016



Alhamdulillah.. Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Penyayang.. 2016 satu roh telah ditiupkan ke dalam rahimku.. Benar-benar pemurah Allah kepada hambanya yang sangat dhoif dan kerdil ini..

Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya Allah mengutus sesorang malaikat di dalam rahim. Malaikat itu berkata: ‘Ya Tuhan! Masih berupa air mani. Ya Tuhan! Sudah menjadi segumpal darah. Ya Tuhan! Sudah menjadi segumpal daging. Manakala Allah sudah memutuskan untunk menciptakannya menjadi manusia, maka malaikat akan berkata, ‘Ya Tuhan! Diciptakan sebagai lelaki ataukah perempuan? Sengsara ataukah bahagia? Bagaimanakah rezekinya? Dan bagaimanakah ajalnya? Semua itu sudah ditentukan dalam perut ibunya.” (HR. Muslim)



Hasil carian imej untuk alam rahim

Isnin, 22 September 2014




Assalamualaikum..

Hamdanlillah... Setinggi-tinggi kesyukuran saya rafa'kan buat Rabbul Karim yang telah meminjamkan kejayaan buat group Dzikron pada pertandingan nasyid peringkat kebangsaan tahun 2014.. Benarlah kata junjungan besar nabi Muhammad s.a.w, bahawa doa-doa mereka yang mustajab antaranya yang sentiasa mendekatkan diri pada Allah dan sentiasa mengingati-Nya.. 
Apa yang saya maksudkan di sini setiap usaha yang mengimpikan kejayaan, perlulah disertakan dengan ketaqwaan dan pengharapan kepada Allah.. Kerana Dialah yang memutuskan segalanya dan mengizinkan segalanya berlaku atas kehendak-Nya..Dialah yang memegang hati-hati manusia...


Besar harapan saya kepada kru Dzikron agar anak-anak didik dapat mengambil iktibar di sebalik kejayaan ini serta beroleh kecemerlangan di dunia mahupun di akhirat kelak...

Rabu, 17 September 2014


PERTANDINGAN FOTOGRAFI 

MINGGU INTEGRITI



Kasih sayang melambangkan hidup integriti. Dalam sesebuah keluarga memerlukan kasih sayang untuk melakar kehidupan yang lebih sejahtera dan harmoni.



Sebagai pendidik, perlulah mengamalkan minda yang sihat bagi mencapai standard yang telah termaktub dalam Falsafah pendidikan Kebangsaan. Melalui pendidik yang mampu meraih minda yang sihat akan memangkin kepada warga yang berintegriti.

Individu yang berkualiti mampu memberi kebaikan bukan sahaja untuk dirinya, malah untuk orang yang berada di sekelilingnya. Sayangi diri, dan hargai orang di sekeliling anda..berintegriti pasti menjamin hidup damai dan harmoni..
Dalam pertandingan ini saya tidak mementingkan teknik gambar itu sendiri diambil..tetapi saya lebih suka mengambil gambar yang bebas dan sudah tentu tidak lari dari temanya..

Khamis, 5 Jun 2014





Alhamdulillah, syukur saya kepada Ilahi dengan limpah kurnia dan keberkatannya dapatlah saya menyiapkan tugasan membuat blog yang diberikan oleh pensyarah. Melalui pembelajaran ini baharulah saya fahami bahawa dengan blog seseorang boleh membuat catatan harian selain berkongsi ilmu pengetahuan.
Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan sekumpulan saya dalam menjayakan tugasan ini. Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada pensyarah kami, Dr. Kahar atas bimbingan, bantuan dan tunjuk ajar beliau dapat menjadikan kami berilmu dalam mata pelajaran TMK ini.
Semoga ilmu yang baik ini dapat saya manfaatkan untuk menjadi guru yang berguna apabila saya berada di sekolah nanti.
Akhir kata, segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri. Wassalam